Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkup Di Port Dickson

Sesiapa yang berkunjung ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Jangan lupa singgah seketika di Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkup yang terletak di Batu 8 Teluk Kemang Port Dickson (Berhampiran dengan Balai Bomba Teluk Kemang). Apa yang istimewa di gerai ini ialah mereka menyajikan resepi salai ayam bakar di dalam pasu terlangkup yang sememangnya belum pernah lagi didengari dari mana-mana tempat. Keunikan cara membakar salai ayam ini membuatkan rasanya lebih enak.

Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkup

Resepi ciptaan abang Yusdey yang merupakan pengusaha gerai ini menggunakan konsep salai bakar yang dapat mempercepatkan proses penyalaian kepada setengah jam kerana jika dibandingkan cara biasa untuk menyalai ayam sahaja ia sudah mengambil masa 3-4 jam. Cara ini juga dapat mengelakkan ayam tersebut hilang jusnya (kering) yang sememangnya mengurangkan rasa keenakan ayam ini. Selain daripada itu pasu yang digunakan untuk membakar ayam ini juga turut diubahsuai oleh abang Yusdey sendiri memandangkan belum pernah ada lagi pasu yang dijual digunakan untuk tujuan ini.

Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkup

Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkup

Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkup

Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkup

Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkup

Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkup

Walaubagaimanapun resepi ini telah menarik ramai orang untuk merasai keenakan salai ayam bakar ini sehinggakan ia menjadi viral di media sosial baru-baru ini. Selain itu, ia juga turut mendapat liputan khas dari TV3 untuk slot Majalah Tiga. Jadi tidak hairanlah jika anda berkunjung kesini, sudah ramai yang beratur panjang untuk membeli salai ayam bakar ini. Bagi yang ingin kesini, anda bolehlah datang dari jam 11 pagi hingga 7 malam setipa hari kecuali hari Jumaat.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.