Fenomena Pancuran Meteor Perseids Dan Lokasi Sesuai Untuk Dilihat Di Negeri Sembilan

Kemuncak fenomena pancuran Meteor Perseid akan dapat dilihat hampir ke semua ruang angkasa negara kita selagi anda berada di lokasi yang gelap. Ia dijangka dapat dilihat pada hari ini sekitar 12.30 tengah malam Sabtu ini (12 Ogos).

Menurut satu kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), rakyat Malaysia dijangka dapat melihat secara purata sekitar 60 hingga 100 meteor sejam dan boleh mencecah sehingga 150 meteor sejam bagi kawasan yang bebas daripada pencemaran cahaya semasa kemuncak fenomena.

“Bagaimanapun, cabaran pada 2017 adalah cahaya bulan yang terang kerana berada pada fasa bulan menghampiri purnama ketika kemuncak kemunculan meteor. Bulan dijangka terbit lebih awal pada 10.16 malam 11 Ogos. Keadaan ini mungkin menyebabkan kadar kenampakan menjadi kurang. Jumlah meteor yang dapat dilihat bergantung kepada keadaan tempat dan cuaca,” menurut kenyataan itu.

Fenomena Pancuran Meteor Perseids Dan Lokasi Sesuai Untuk Dilihat Di Negeri Sembilan

Pancuran meteor Perseid berlaku pada setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos, apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet terbakar ketika memasuki atmosfera bumi.

Di Negeri Sembilan, Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson merupakan tempat yang sesuai atau ‘best spot’ untuk menyaksikan fenomena ini. Kampung ini terletak berhampiran dengan Lexis Hibiscus resort dan dengan adanya 2 buah jeti (papan & konkrit) ia amat sesuai dijadikan sebagai tapak permerhatian. Terdapat juga sebuah warung teh tarik disitu tetapi pada hujung minggu memang sudah menjadi tempat orang ramai untuk berkumpul.

Sumber – Sinar Harian (9 OGOS 2017); thStar (10 Ogos 2017).

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.