Duit Kahwin Kedua Tak Cukup, Lelaki Curi Di Tiga Kedai Dobi

TAMPIN, 4 Sept — Seorang lelaki memecahkan mesin penukaran duit di tiga kedai dobi untuk menambah duit belanja perkahwinan keduanya.

Suspek mengaku melarikan RM2,450 dari kedai dobi di Tampin, Gemencheh dan Gemas pada 18 dan 21 Ogos lalu, lapor Sinar Online.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek yang beralamat dari Sepang, Selangor melakukan jenayah berkenaan bagi menambah duit belanja kahwin kira-kira sembilan hari sebelum majlis perkahwinan kali keduanya di Gemencheh,” kata ketua polis daerah Tampin.

Supt Hamazah Ab Razak berkata suspek dipercayai aktif mencuri bersama seorang rakannya sejak bulan lalu, selepas kematian isteri pertamanya.

Beliau berkata penyelenggara penghawa dingin itu ditahan pada jam 1.30 pagi ketika melawat bapanya di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban.

Katanya suspek direman hingga 7 September ini dan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan manakala rakannya masih diburu.

Suspek yang usianya tidak dinyatakan ada tujuh rekod jenayah dan dikehendaki di Batang Tiga, Seri Kembangan, Selangor dan Mantin dekat sini.

Sumber – themalaymailonline.com (4 September 2017 | 6:11 PM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.