Cendol Retro Terbaik Di Paroi Dan Kuala Pilah

Kebanyakan cendol yang kita rasa diluar sana, memang agak tak memuaskan. Ada yang tawar, tak berapa lemak, atau kedua-duanya. Tapi ada satu tempat yang anda pasti berpuas hati kalau datang. Anda boleh cuba Cendol Retro di Paroi, Seremban ataupun cawangan lainnya di Kuala Pilah.

Cendol Retro Terbaik Di Paroi Dan Kuala Pilah

Gerai Cendol Retro yang pada asalnya dibuka oleh Puan Norehan Binti Abdul Majid ini mulanya dibuka di Batu Kikir, Jempol. Ia diusahakan sejak tahun 2012 lagi. Walaubagaimanapun, gerai cendol ini semakin dikenali pada tahun 2015 iaitu sejak ia mula tular di media sosial. Kini Cendol Retro sudah melebarkan sayapnya kepada 2 cawangan yang baru iaitu di Paroi dan Kuala Pilah. Akan tetapi cawangan asalnya di Batu Kikir terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu.

Cendol Retro Terbaik Di Paroi Dan Kuala Pilah Cendol Retro Terbaik Di Paroi Dan Kuala Pilah

Sekiranya anda di kawasan Paroi, Seremban bolehlah datang ke gerai ini yang terletak di Jalan Kuala Pilah-Paroi berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Paro dan NKI Bistro (2.722620, 101.994735). Manakala bagi anda yang berada di Kuala Pilah atau kawasan berdekatan pula bolehlah datang ke gerai mereka di Gerai Majlis Daerah Kuala Pilah Tapak Perpustakaan Lama Jalan Bahau, berhadapan pejabat Pos Kuala Pilah (2.744073, 102.248104). Gerai-gerai ini dibuka setiap hari (kecuali Isnin melainkan cuti umum sahaja) dari jam 10:00 pagi hingga 6:30 petang.

Cendol Retro Terbaik Di Paroi Dan Kuala Pilah Cendol Retro Terbaik Di Paroi Dan Kuala Pilah

Menu ‘special’ disini ialah cendol durian dan cendol mangga ice cream. Kalau anda rasa memang betul terasa lemak dan manisnya. Walaubagaimanapun bukanlah rasanya terlalu manis, orang kata “Sedang-Sedang Elok”. Kalau nak dibandingkan dengan cendol-cendol diluar sana, bezanya santan yang digunakan disini terasa lemak dan air gulanya yang pekat. Gerai ini juga mnggunakan barang barang yang asli seperti cendol pandan, gula melaka, gula merah.

Cendol Retro Terbaik Di Paroi Dan Kuala Pilah Cendol Retro Terbaik Di Paroi Dan Kuala Pilah Cendol Retro Terbaik Di Paroi Dan Kuala Pilah Cendol Retro Terbaik Di Paroi Dan Kuala Pilah Cendol Retro Terbaik Di Paroi Dan Kuala Pilah

Ada juga cendol lain boleh anda rasa disini seperti cendol ice cream, cendol campur special, cendol jagung ice cream, cendol pulut, cendol kacang, cendol jagung dan sebagainya. Mengenai harga cendol disini, anda boleh membelinya dengan harga serendah RM2.00 hingga RM10.00

Cendol Retro Terbaik Di Paroi Dan Kuala Pilah Cendol Retro Terbaik Di Paroi Dan Kuala Pilah Cendol Retro Terbaik Di Paroi Dan Kuala Pilah

Kalau tekak dah basah sebab dah pekena cendol, tiba-tiba perut pulak berbunyi. Jangan risau kerana disini juga ada menawarkan menu makanan lain seperti laksa kedah, bakso ,nasi ayam, nasi ayam penyek, tauhu sumedang, mee goreng, dan banyak lagi. Menu baru disini yang boleh anda rasa ialah pengat durian dan roti paun yang dikatakan menu ‘favourite’ pelanggan mereka sekarang. Apalagi, hujung minggu ni bolehlah pekena Cendol Retro ni!

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.