Cabaran Gunung Jono Di Kuala Pilah Dan Kisah Disebaliknya

Gunung Jono bukanlah gunung sepopular Gunung Angsi, Gunung Datuk mahupun Gunung Besar Hantu. Mungkin ada diantara kita pun yang tak tahu kewujudan gunung ini. Sekiranya pertama kali anda mendengarnya, mungkin terlintas gunung ni terletak di Indonesia. Maklumlah namanya pun, bunyi seperti nama dari sana.

Gunung Jono yang mempunyai ketinggian 852 meter dari aras laut ini terletak di Kuala Pilah iaitu kira-kira 10 kilometer dari Istana Lama Seri Menanti. Gunung ini dikelilingi beberapa bukit seperti Bukit Ulu Pilah, Bertam, Sangkar Puyuh dan Rambai. Walaupun tidak menjanjikan pemandangan yang indah di puncak gunung ini, tetapi untuk mendaki gunung ini hingga ke puncak memang penuh cabaran. Sungguhpun begitu, ada cerita disebalik nama Gunung Jono ini.

Menurut Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin, nama Gunung Jono ini berasal dari nama orang kanan Puteri Gunung Ledang iaitu Tok Jono. Puteri Gunung Ledang atau nama sebenarnya Siti Jamilah merupakan puteri dari Negeri Demak di Pulau Jawa.

Puteri Gunung Ledang mengarahkan Tok Jono mengembangkan ilmu tasauf dan suluk di sekitar Ulu Pilah dan Tok Jono memilih puncak gunung itu kerana sunyi dan sesuai untuk mendalami agama. Dikatatkan Tok Jono sealiran dengan Tok Dioh, Tok Paroi, Tok Angsi dan Tok Moyang Salleh yang kuat agama terutama ilmu tasauf serta suluk di Seri Menanti suatu ketika dahulu.

Bagi mereka yang ingin mendaki ke gunung ini, trek permulaannya adalah terletak di Hutan Simpan Senaling Inas. Bagi mereka yang memerlukan ‘jurupandu’ untuk mendaki gunung ini bolehlah menghubungi Kem Sri Pilah. Jarak perjalanan dari tempat permulaan mendaki ke puncak dianggarkan 4 kilometer. Laluan rata hanya membabitkan 1 kilometer pertama sebelum menempuh ladang getah dan lalang sebelum merentasi parit.

Cabaran Gunung Jono Di Kuala Pilah Dan Kisah Disebaliknya Cabaran Gunung Jono Di Kuala Pilah Dan Kisah Disebaliknya Cabaran Gunung Jono Di Kuala Pilah Dan Kisah Disebaliknya Cabaran Gunung Jono Di Kuala Pilah Dan Kisah Disebaliknya Cabaran Gunung Jono Di Kuala Pilah Dan Kisah Disebaliknya Cabaran Gunung Jono Di Kuala Pilah Dan Kisah Disebaliknya Cabaran Gunung Jono Di Kuala Pilah Dan Kisah Disebaliknya

Sepanjang trek mendaki ini, anda akan dapat bertemu banyak batu-batu yang besar

Cabaran Gunung Jono Di Kuala Pilah Dan Kisah Disebaliknya

Di puncak gunung ini hanya dikelilingi hutan yang tebal

Sebaik melepasi parit, tiada lagi laluan rata, bermulalah cabaran mendaki ke puncak Jono. Pendaki hanya melalui trek yang kecil, curam, licin dan kerjasama dalam pasukan sangat diperlukan. Rata-rata hutan di sepanjang laluan ini masih asli dan tiada kesan penerokaan. Terdapat sebatang sungai kecil yang mesti diharungi pendaki. Di laluan curam, anda terpaksa menggunakan akar dan rotan untuk membantu pendakian. Pendakian ke puncak mengambil masa 3-4 jam manakala untuk turun pula mengambil masa kira-kira 2 jam.

Bagi mereka yang belum lagi mendaki Gunung Jono ini, bolehlah anda berbuat demikian. Ini kerana tidak lengkap rekod pendakian anda menawan gunung-gunung di Negeri Sembilan ini sekiranya tidak menawan Gunung Jono ini lagi. 🙂

Sumber – Harian Metro Online (24 Mac 2016); Gambar-gambar diperoleh daripada www.amirabidin.com; panjatpanjat.blogspot.my; jijoythreesixty.blogspot.my; Pautan luar kemsripilah.blogspot.my.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.