Beberapa Kawasan Di Daerah Jempol Dilanda Banjir Kilat

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

JEMPOL, 14 Nov – Beberapa kawasan di daerah ini, dilanda banjir kilat akibat hujan berterusan sejak awal pagi tadi.

Beberapa Kawasan Di Daerah Jempol Dilanda Banjir Kilat

Banjir kilat di Kampung Serampang Indah, Bandar Seri Jempol –
Foto Berita Harian

Kawasan dinaiki air termasuk Kampung Serampang Indah, Kampung Gajah Mati, Taman Anggerik, Batu Kikir dan Jalan Taman Mahsan.

Ketua Kampung Serampang Indah, Amran Mohamad, berkata hujan lebat sejak jam 6 pagi tadi, menyebabkan sembilan rumah di kampung itu dinaiki air.

Katanya, sehingga jam 11 pagi tadi, air mencecah hampir satu meter, namun keadaan masih terkawal berikutan hanya tiga rumah berpenghuni.

“Penduduk di tiga rumah terbabit enggan berpindah lagi. Bagaimanapun semua penghuni lain kini dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah jika air masih naik.

“Ketika ini juga, jalan masuk ke kampung turut ditenggelami air dan tidak dapat dilalui kenderaan ringan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) menutup Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang dan di Taman Anggerik di Batu Kikir akibat jalan dinaiki air.

Jurutera JKR Daerah Jempol, Rosdi Abu Bakar, berkata jalan berkenaan ditutup atas faktor keselamatan kerana arus deras.

Katanya, pengguna yang mahu ke Simpang Pertang boleh menggunakan Jalan Bandar Seri Jempol-Serting Tengah atau Air Hitam melalui Bahau.

Beberapa Kawasan Di Daerah Jempol Dilanda Banjir Kilat

Antara rumah yang dinaiki air

Beberapa Kawasan Di Daerah Jempol Dilanda Banjir Kilat Beberapa Kawasan Di Daerah Jempol Dilanda Banjir Kilat

Antara jalan yang dinaiki air

Beberapa Kawasan Di Daerah Jempol Dilanda Banjir Kilat

Sumber – Petikan berita daripada Berita Harian Online (14 November 2017 | 12:42pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.