Banjir Kilat Di Tiga Daerah Negeri Sembilan

Hujan lebat yang berlaku dari jam 6 pagi tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di daerah Kuala Pilah dan Rembau, dilanda banjir kilat. Setakat ini, paras Sungai Pedas Rembau mencatakan bacaan 12.64 meter iaitu melebihi paras bahaya 12 meter.

banjir kilat 3 buah daerah negeri sembilan

Di Kuala Pilah, Ketua Balai Bomba Kuala Pilah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Jefri Amat, memaklumkan hanya Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran kawasan sawah Ulu Bendul yang dinaiki air. Walaubagaimanapun laluan tersebut masih boleh dilalui kenderaan. Di Kampung Batu, Inas pula, katanya, dua wanita berumur 50-an dan 80-an, dipindahkan ke rumah jirannya apabila rumah didiaminya sekarang dinaiki air. Katanya lagi, banjir kilat ini turut melanda Kampung Alai dan Kampung Bukit tetapi tiada mangsa yang dipindahkan memandangkan paras air dilapor semakin surut.

banjir kilat 3 buah daerah negeri sembilan

banjir kilat 3 buah daerah negeri sembilan

banjir kilat 3 buah daerah negeri sembilan

banjir kilat 3 buah daerah negeri sembilan

banjir kilat 3 buah daerah negeri sembilan

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Lt Kolonel Kamal Mokhtar, berkata antara jalan dilanda banjir kilat di Rembau ialah Jalan Pedas-Rembau, Jalan Kampung Relung-Batu Hampar, Jalan Kg Pilin-Durian Daun dan Jalan Kampung Gaing. Di Seremban pula, katanya, antara kawasan yang terjejas adalah Jalan Pantai dan Paroi.

banjir kilat 3 buah daerah negeri sembilan

banjir kilat 3 buah daerah negeri sembilan

banjir kilat 3 buah daerah negeri sembilan

banjir kilat 3 buah daerah negeri sembilan

banjir kilat 3 buah daerah negeri sembilan

banjir kilat 3 buah daerah negeri sembilan

Sementara itu, Pengarah Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan, Nor Halim Aludin, MENAFIKAN viral dalam media sosial bahawa Empangan Pedas dan Ulu Sepri di Rembau, pecah akibat hujan lebat. Katanya, paras air kedua-dua empangan itu telah mencecah paras maksimum iaitu 135 meter, menyebabkan air berlebihan dilepaskan dari Empangan Ulu Sepri ke Sungai Rembau dan Empangan Pedas ke Sungai Pedas. Ini bertujuan menghalang banjir menjadi lebih teruk – Berita Harian

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.