Bangunan-Bangunan Kolonial Di Bandar Seremban

Seremban yang juga ibu negeri bagi Negeri Sembilan memiliki banyak bangunan kolonial di sekitarnya. Ia sudah pastinya menjanjikan kelainan berbanding tempat lain yang pernah dilawati. Seperti beberapa bandar lain di Semenanjung, Seremban juga dibangunkan ketika penemuan bijih timah pada era 1870-an.

Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban

Seiring peredaran zaman, pembangunan di Seremban turut diberi perhatian oleh pentadbiran negeri namun unsur semula jadi masih dikekalkan. Bagi pengunjung yang datang ke bandar Seremban, sudah tentu mereka dapat melihat keunikan struktur binaan bangunan yang membuktikan negeri ini pernah melalui detik penjajahan kuasa asing.

Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban

Buktinya, Jalan Dato’ Bandar Tunggal yang dulu dikenali sebagai Birch Road masih menempatkan beberapa bangunan lama sehingga hari ini. Antaranya bangunan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dulunya pernah digunakan sebagai Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 1920. Terletak di jalan yang sama, Pejabat Pos Seremban Utara masih beroperasi di tapak asal dengan beberapa penambahbaikan untuk menjamin keselesaan pekerja dan pelanggan.

Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban

Dalam pada itu, tarikan lain di bandar ini adalah Masjid Jamek Seremban yang dikatakan antara masjid tertua di Malaysia yang dibina sekitar 1900. Keunikannya terletak pada seni bina yang memiliki nilai sejarah. Walaubagaimanapun, penaiktarafan masjid juga terpaksa dilakukan bagi menampung jemaah yang semakin meningkat.

Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban

Selain itu, pada 1987 sehingga kini bangunan lama Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan di Jalan Dato’ Hamzah bertukar menjadi Perpustakaan Sir Hendry Gurney, sekali gus bertujuan mengekalkan bangunan itu sebagai Bangunan Warisan.

Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban

Bangunan menempatkan Perniagaan Ban Joo Lee Sdn Bhd pada suatu ketika dulu pernah dijadikan balai polis selama hampir 20 tahun sebelum diambil alih dan bertahan sehingga kini. Usia bangunan itu sudah mencecah kira-kira 100 tahun.

Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban

Stesen kereta api turut disediakan bagi memudahkan orang ramai bergerak ke sesuatu kawasan. Bahkan kemudahan ini dinaik taraf dengan tren komuter dilanjutkan hingga ke Alor Gajah, Melaka.

Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban Bangunan Kolonial Yang Terdapat Di Seremban

Walaupun mengalami kemajuan dari aspek pembangunan, bandar Seremban masih mempunyai nilai sejarah dan warisan yang tersendiri yang boleh dijadikan sebagai tumpuan bagi para pelancong dalam dan luar negara.

Artikel lain berkaitan:
Sejarah Awal Seremban

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.