Asal Usul Nama Siliau, Negeri Sembilan

Siliau merupakan sebuah kawasan penempatan kecil yang terletak di Negeri Sembilan. Lokasinya agak terpencil memandangkan kawasan ini dikelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang luas. Siliau terletak 8km daripada Pekan Rantau dan Pekan Lukut.

Asal Usul Nama Siliau, Negeri Sembilan

Menurut cerita lisan yang diperoleh daripada penduduk setempat, “Siliau” dikatakan berasal dari frasa Cina, iaitu gabungan perkataan “si” yang bermaksud “mati” dan “liau” yang bermaksud “habis”. Permintaan bijih timah yang tinggi di pertengahan abad ke-18 telah mendorong pelombong Cina meneroka lombong baru di Negeri Sembilan. Mereka turut ke kampung Pengkalan, iaitu sebuah kampung yang sudah lama didiami oleh Orang Asli dan orang-orang Melayu di tepi Sungai Linggi.

Sekumpulan pelombong Cina yang kemungkinan datang dari Sungai Ujong atau Lukut telah meneroka lombong biji timah di sebelah hilir kampung Pengkalan. Mereka turut mendirikan rumah kongsi yang berbentuk bulat serta runcing di bahagian bumbungnya manakala di bahagian dalam sebelah atas di buatkan peran (loteng) bagi menyimpan barang berharga.

Asal Usul Nama Siliau, Negeri Sembilan

Beras merupakan makan utama bagi pelombong Cina disamping digunakan untuk membuat minuman samsu. Penduduk tempatan kebanyakan golongan petani yang mana menanam padi huma dan sawah setahun sekali cuma untuk keperluan saran diri saja dan tidak untuk di jual. Keadaan ini mendorong pelombong Cina melakukan kegiatan menyamun. Pada waktu malam dengan memukul gendang dan gong terlebih dahulu mereka akan menyamun padi penduduk kampong yang di simpan kepok padi. Penduduk tempatan menggelaran kumpulan ini dengan nama CEMPIYANG.

Kegiatan kumpulan cempiyang yang berluasa menimbulkan ketakutan penduduk tempatan terutama pada waktu malam. Akhirnya ia mendorong tiga pendekar melayu berpakat menghapuskan mereka. Mejadi tabiat para pelombong cina pada waktu malam untuk bermain judi sambil minum samsu.

Asal Usul Nama Siliau, Negeri Sembilan

Pada suatu hari, ketika pelombong Cina sibuk melombong, ketiga-tiga pendekar Melayu ini telah menyelinap masuk ke dalam rumah mereka dan bersembunyi di loteng. Pada malam harinya, pendekar-pendekar Melayu itu telah turun dari loteng dan membunuh kesemua pelombong Cina tersebut. Semenjak peristiwa itu, tempat ini dinamakan “Siliau” yang bermaksud “habis mati”, sehingga menenggelamkan nama asal kampung tersebut, iaitu Kampung Pengkalan.

Sumber – jamilhaji53.blogspot.my (Mohd. Jamilo Jamil, 9th September, 2013)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.