Anak Jati Negeri Sembilan Pendaki Wanita Termuda Negara Tawan Gunung Everest

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Pada Mei 2013, Siti Hanisah Sharuddin, 23, yang merupakan anak jati Negeri Sembilan yang berasal dari Felda Jelai 1, Gemas menjadi wanita termuda negara berjaya menakluk puncak Gunung Everest di ketinggian 8,848 meter.

Anak Jati Negeri Sembilan Pendaki Wanita Termuda Negara Tawan Gunung Everest

Kejayaan anak peneroka Felda ini melengkapkan misi bersama lima anak peneroka Felda yang lain dan dua jurulatih pengiring bagi menawan puncak Gunung Everest. Mereka yang berasal dari kawasan Felda di Negeri Sembilan, Johor dan Pahang merupakan peserta ekspedisi Everest Felda 2013 anjuran Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B).

Walaubagaimanapun, Anis tidak menyertai enam pendaki lain untuk sampai ke puncak gunung itu selepas terkandas kira-kira 148 meter dari puncak selepas mengalami ‘Acute Mountain Sickness’ (AMS). Tanpa erti putus asa, dia cuba mendaki buat kali ke-2 dan akhirnya dia sampai ke puncak gunung tertinggi dunia itu.

Menawan Puncak Tertinggi Dunia

Baginya, walau sebaik mana sekalipun perancangan individu kuasa Allah melebihi semuanya malah dia mendapat sesuatu yang paling bernilai iaitu makna kekalahan dan kemenangan sebenar serta mengekalkan emosi supaya berada di tahap paling sempurna.

Anak Jati Negeri Sembilan Pendaki Wanita Termuda Negara Tawan Gunung Everest

Menceritakan keadaannya mengalah dalam percubaan pertama ke Everest, Anis berkata, dia memulakan pendakian dari Kem 4 agak lewat berbanding enam rakan pendaki yang lain.

“Saya lewat 45 minit mendaki kerana menung­gu sherpa Jamling yang memeriksa dan mempersiapkan peralatan mendaki. Dalam pendakian ke Gunung Everest, seorang pendaki akan diiringi seorang sherpa pendaki berpengalaman. Keadaan itu menyebabkan kami berdua hanya sampai di kawasan yang dinamakan ‘balcony’ pada jam 7 pagi keesokannya. Ikutkan masa, memang sangat lambat kerana jarak balcony ke puncak masih jauh.

Anak Jati Negeri Sembilan Pendaki Wanita Termuda Negara Tawan Gunung Everest

“Selain itu, ada terlalu ramai pendaki dari negara lain menunggu giliran untuk melepasi kawasan berbahaya menggunakan tali. Melihatkan keadaan itu, saya jangka tidak dapat sampai ke puncak me­ngikut masa ditetapkan. Tambahan pula kesihatan saya sangat teruk ketika itu,” ujarnya sambil memberitahu had waktu sampai ke puncak yang ditetapkan sherpa pada jam 1 tengah hari.

Selepas berbincang dengan Jamling mengenai situasi itu, dia dibenarkan turun dan mendaki semula pada malam 21 Mei walaupun perasaan begitu membuak-buak untuk mengikuti enam rakan yang lain. Kadang-kadang ada juga terdetik yang dia tidak akan sampai ke puncak. Jika benar, wanita ini memang sudah bersedia menerimanya.

Anak Jati Negeri Sembilan Pendaki Wanita Termuda Negara Tawan Gunung Everest Anak Jati Negeri Sembilan Pendaki Wanita Termuda Negara Tawan Gunung Everest

“Saya tidak menyesal membuat keputusan untuk turun kerana sepanjang perjalanan turun ke Kem 4, saya mempunyai banyak masa untuk meningkat­kan pengetahuan mengenai teknik penggunaan tali yang digunakan ketika mencuba kali kedua.

“Namun, perancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana pada tarikh berkenaan, cuaca amat buruk dengan angin kencang luar biasa sehinggakan khemah yang didirikan seperti hendak melayang. Saya ibarat duduk di hujung maut. Salah percaturan nyawa boleh melayang,” katanya yang terpaksa menangguhkan pendakian selama sehari sekali gus mencetuskan kebimbangan di hatinya mengenai peluang mendaki kali kedua.

Namun Allah mendengar rintihan hati Anis apabila keesokan harinya, angin kembali tenang dan dia berjaya meneruskan perjalanan dengan hanya satu kilometer untuk sampai ke puncak. Pada jam 7.41 pagi 23 Mei dia bersama sherpa Jamling dan Temba akhirnya berjaya sampai ke puncak tertinggi dunia dan menjadi wanita termuda negara berjaya menawan puncak Everest.

Misi menawan 7 puncak tertinggi dunia

Anis kini dalam misi dinamakan KE7B Srikandi 7 Benua iaitu misi untuk menjadi pendaki wanita Malaysia pertama mencapai puncak 7 gunung tertinggi di 7 benua.

Dia sebelum ini telah berjaya menawan 4 puncak tertinggi di benua Afrika iaitu Gunung Kilimanjaro, Puncak Elbrus di Benua Eropah, Puncak Kosciuzco di Benua Australia selain Gunung Everest di Benua Asia. Sekarang Anis dalam misi menawan Gunung Aconcagua, Argentina, iaitu puncak tertinggi di Benua Amerika Selatan dengan ketinggian 6,962 meter.

Anak Jati Negeri Sembilan Pendaki Wanita Termuda Negara Tawan Gunung Everest

Walaubagaimanapun pada 12 Januari 2017 lepas, Anis mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Aconcagua, Argentina. Dia terpaksa dibawa turun menggunakan khidmat helikopter sebelum dikejarkan ke Hospital. Seorang lagi pendaki yang bersama Anis ialah Mohd Khafiz Bachok dari Johor meneruskan pendakian tanpa Anis dan akhirnya berjaya sampai ke puncak Gunung Aconcagua.

Dikhabarkan, Anis tetap berazam untuk meneruskan pendakian semula untuk menawan baki lagi 3 gunung tertinggi di 7 benua iaitu puncak iaitu gunung Aconcagua (Amerika), Mckinley (Amerika Utara) dan Vinson Masif (Antartika) selepas pulih daripada kecederaan.

Anis Ikon Belia Negeri Sembilan

Kejayaan Anis dalam menawan puncak Gunung Everest telah diberi pengiktirafan kerajaan negeri apabila dia terpilih menerima Anugerah Khas Daya Juang Belia oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 23 Jun 2013.

Anak Jati Negeri Sembilan Pendaki Wanita Termuda Negara Tawan Gunung Everest

Sememangnya dia layak menerima anugerah tersebut kerana kejayaannya sebagai pendaki wanita islam termuda dunia yang menawan Gunung Everest memberi inspirasi kepada generasi muda khususnya untuk terus mencipta kejayaan mengharumkan nama negara. – Sumber Utusan, malaysiaonlinepress, FB Tuan Ghazali Yasin.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.