Amalan Solat Sunat Tarawih 10 Rakaat Di Negeri Sembilan

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Pertama kali mengerjakan solat tarawih di luar dari daerah-daerah di Negeri Sembilan memang ada sikit rasa kelainannya. Ini kerana kebanyakan solat terawih di yang dilakukan bagi setiap negeri di Malaysia adalah dalam 8 atau 20 rakaat. Tetapi di Negeri Sembilan, kebanyakan daerah disini mengerjakan solat sunat tarawih sebanyak 10 rakaat (13 rakaat sekiranya bersama Witir).

Amalan Solat Sunat Tarawih 10 Rakaat Di Negeri Sembilan

Bagi mereka yang pertama kali datang ke Negeri Sembilan mungkin merasa pelik dengan kaifiat solat Terawih seperti ini. Tetapi bagi mereka yang lahir atau yang sudah lama bermastautin di Negeri Sembilan, menunaikan solat Terawih 10 Rakaat adalah perkara biasa. Ia adalah amalan tradisi yang dilakukan oleh ulama-ulama soleh di Negeri Sembilan sejak dahulu lagi.

Amalan Solat Sunat Tarawih 10 Rakaat Di Negeri Sembilan

Kita bersangka baik dengan kealiman ulama-ulama Negeri Sembilan terdahulu seperti Allahyarham Sheikh Haji Muhammad Said al-Linggi dan anakandanya Allahyarham Sheikh Haji Ahmad (bapa kepada allahyarham Dato’ Haji Mohd Murtadza, bekas mufti Negeri Sembilan). Mereka mempunyai dalil dan hujah yang kuat mengenai amalan solat Terawih seperti ini.

Amalan Solat Sunat Tarawih 10 Rakaat Di Negeri Sembilan

Malah Jabatan Mufti Negeri Sembilan sudah pun mengeluarkan sebuah buku mengenai dalil keharusan solat Terawih 10 rakaat ini. Berdasarkan kesimpulan yang dibuat pada risalah yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan (Klik disini untuk lihat risalah yang penuh), “Adapun beramal dengan sepertimana dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W, Saidina Abu Bakar R.A, dan diawal pemerintahan Saidina Umar R.A adalah aula dan afdhal iaitu dengan bersolat 8 rakaat atau 10 rakaat tanpa (solat) witir. Kemudian seterusnya dari segi kelebihan, melakukan 20 rakaat sebagaimana di akhir pemerintahan Saidina Umar R.A, Saidina Uthman, R.A, dan Saidina Ali R.A. Sesungguhnya qiamullail itu digalakkan tanpa disebut had bilangannya oleh syarak.”

Amalan Solat Sunat Tarawih 10 Rakaat Di Negeri Sembilan

Solat Sunat Tarawih 10 rakaat ini sering menjadi perselisihan tentang dalil pelaksanaannya. Berapa pun bilangan solat Terawih sama ada 8, 10 atau 20 rakaat ia bukanlah perintah qat’ei (kemestian). Kita harus menghormati kesemua pendapat tersebut kerana ianya hanyalah isu khilafiah yang tidak perlu dipertengkarkan. Jadi mereka yang petama kali melakukan solat sunat tarawih disini tidak perlulah meragui mengenai cara solat sunat tarawih disini.

Amalan Solat Sunat Tarawih 10 Rakaat Di Negeri Sembilan

Apa yang penting adalah cara pelaksanaan Solat Sunat Tarawih dan Witir ini. Sebenarnya Solat Tarawih ini dinamakan ‘Tarawih’ kerana ianya hendaklah dilakukan dalam keadaan tenang, berehat-rehat dan santai. Oleh kerana itu, perlulah diperbaiki kaedah dan kelajuan dalam setiap rakaatnya. Jadi janganlah pula melakukan solat ini laju seperti jet sampai tiada thoma’ninahnya.

Sumber – FB Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, shafiqolbu.wordpress.com, usthjhishamuddinmansor.blogspot.my

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.