Almarhum Tuanku Muhammad Raja Negeri Sembilan Pertama Guna Gelaran Yang di-Pertuan Besar

Almarhum Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah merupakan putera sulung kepada Tuanku Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin (Yam Tuan Antah). Baginda merupakan Raja atau Yam Tuan yang ke-7 Negeri Sembilan atau Seri Menanti pada ketika itu.

Tuanku Muhammad Raja Negeri Sembilan Pertama Guna Gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Pelantikan beliau sebagai Yam Tuan merupakan detik pertama kalinya penggunaan gelaran Yang di-Pertuan Negeri Sembilan menggantikan gelaran Yam Tuan serta semua luak atau daerah dalam Negeri Sembilan menjadi sebuah negeri dibawah satu perjanjian yang diperkenalkan oleh Inggeris semasa pemerintahan baginda.

Bagaimana ia bermula?
Ia berlaku ketika baginda Tuanku Antah mangkat pada tahun 1888 dimana pada ketika itu sekali lagi menyaksikan perebutan takta dalam Negeri Sembilan. Kali ini Tengku Muda Cik yang merupakan putera Almarhum Yam Tuan Radin (Yam Tuan ke-4) serta adinda kepada Almarhum Yam Tuan Antah menuntut takhta Yam Tuan Seri Menanti.

Tuanku Muhammad Raja Negeri Sembilan Pertama Guna Gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Dalam hal ini, Supritenden bagi Negeri Sembilan, Martin Lister telah berunding dengan Siamang Gagap mengenai tuntutan Tengku Muda Cik yang telah ditetapkan ayahandanya Almarhum Yam Tuan Radin mewarisi Yam Tuan Muda Jelebu dan ia tidak berhak lagi ke atas Seri Menanti.

Tuanku Muhammad Raja Negeri Sembilan Pertama Guna Gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Pada tahun 1888, Penghulu Yang Berenam – Johol, Ulu Muar, Jempol, Inas, Terachi dan Gunung Pasir sebulat suara melantik putera sulung Almarhum Tuanku Antah, Tuanku Muhammad menjadi Yam Tuan Seri Menanti yang ke-7. Perlantikan tersebut telah diistiharkan oleh Martin Lister. Walaubagaimanapun semasa pengistiharan tersebut, Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu dan Rembau tidak turut serta dalam perlantikan Tuanku Muhammad sebagai Yam Tuan Seri Menanti itu.

Tuanku Muhammad Raja Negeri Sembilan Pertama Guna Gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Seterusnya pada 18 Mac 1889, Yam Tuan Seri Menanti (Tunku Muhammad), Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu, Rembau dan Tengku Besar Tampin telah membuat suatu surat perjanjian dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith. Menurut surat perjanjian ini, semua luak atau daerah di dalam Negeri Sembilan menjadi sebuah negeri. Yamtuan Seri Menati dan semua Undang Luak bersetuju menerima Penasihat British. Sejak itu mulalah kerajaan British mencampuri secara langsung pemerintahan di dalam Negeri Sembilan.

Tuanku Muhammad Raja Negeri Sembilan Pertama Guna Gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhammad Raja Negeri Sembilan Pertama Guna Gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Pada tahun 1895 pula, diperbuat surat perjanjian tertubuhnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang mengandungi Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Raja-raja dan Orang-orang Besar Negeri Sembilan turut sama menandatangani perjanjian itu dengan Raja-Raja melayu lainnya.

3 tahun selepas itu iaitu pada 29 April 1898, Tunku Muhammad Yam Tuan Seri Menanti telah dilantik dengan menggunakan gelaran Yang di-Pertuan Besar bagi seluruh Negeri Sembilan.

Tuanku Muhammad Raja Negeri Sembilan Pertama Guna Gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Setelah menjadi Yam Tuan Seri Menanti selama 47 tahun, pada 1 Ogos 1933, Tuanku Muhammad mangkat di Istana Besar Seri Menanti. Jenazah almarhum telah dikebumikan di Seri Menanti pada 3 Ogos 1933. – Sumber Sejarah Negeri Sembilan (Buyong Adil), Warisan Diraja Negeri Sembilan (Terbitan Majlis Belia Negeri Sembilan)

Artikel berkaitan:
Kenali Pendekar Siamang Gagap Pahlawan Negeri Sembilan
Peristiwa Peperangan Bukit Putus Negeri Sembilan

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.