Ahli Parlimen Jelebu Meninggal Dunia

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

JELEBU, 6 Dis – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail meninggal dunia di rumahnya di Villa Puteri, Kuala Lumpur jam 7.30 petang, hari ini.

Ahli Parlimen Jelebu Meninggal Dunia

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim (kanan) ketika hadir menziarah jenazah Allahyarham Zainudin (gambar kecil)

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Jalaluddin Alias yang dihubungi mengesahkan perkara itu, sebentar tadi.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit tumor otak yang dihidapinya sebelum ini.

“Seluruh kepimpinan UMNO Negeri Sembilan dan kerajaan negeri menzahirkan kesedihan atas pemergian arwah. Beliau seorang individu yang banyak menabur bakti baik dalam pentadbiran mahupun parti,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri itu.

“Buat masa ini kami tidak tahu mengenai urusan pengebumian dan akan memberitahu apabila menerima maklumat penuh,” katanya.

SUMBER – Petikan berita daripada Harian Metro Online (6 Disember 2017 @ 10:16 PM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.