Adat Istiadat Pelantikan Yang di-Pertuan Agong Yang Pertama

Yang di-Pertuan Agong adalah gelaran bagi seorang Raja yang bertahta diatas Kerajaan Negara Malaysia. Perlantikkan digilirkan setiap lima tahun sekali diantara kesembilan Raja-Raja yang menjadi Pemerintah Negeri-Negeri Tanah Melayu Bersekutu sahaja.

Adat Istiadat Pelantikan Yang di-Pertuan Agong Yang Pertama

Bagi Negeri-Negeri yang dikatakan dahulu sebagai Negeri-Negeri Selat atau lebih tepat lagi Negeri Jajahan Mahkota British dan Negeri Tanah Mealayu tidak bersekutu atau Borneo, sama sekali tidak melayakkan Pemerintah bagi Negeri-Negeri tersebut dipilih atau memilih menjadi Yang di-Pertuan Agong walaupun mereka juga salah seorang dari ahli Majlis, dengan erti kata lain, Yang di-Pertua Negeri tidak layak dan boleh mengambil bahagian dalam proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong, pemilihan Yang di-Pertuan Agong ini sebenarnya hanya merujuk kepada kesembilan buah Negeri yang Raja berdauliah dan berdaulat sahaja.

Hanya raja-raja sahaja yang boleh memilih dan dipilih. Undang-Undang juga menyatakan bahawa seseorang Raja tidak layak dipilih menjadi Yang di Pertuan Agong apabila sesorang Raja itu merupakan seorang Raja yang berusia muda dan apabila seseorang Raja itu menyatakan bahawa dirinya tidak ingin dipilih juga melayakkan dirinya untuk tidak dipilih. Apabila Majlis Raja-Raja sebulat kata menyatakan bahawa jika Raja tidak layak menjadi raja disebabkan atas faktor gangguan jiwa atau penyakit, yang menyebabkan Raja tidak optimal dalam memerintah.

Langkah awalan didalam pencalonan adalah memohon tarikh perkenan Mesyuarat Pemilihan dan sekiranya kekosongan berlaku kepada jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari hari tarikh berlakunya kekosongan itu.

Adat Istiadat Pelantikan Yang di-Pertuan Agong Yang Pertama

Pemilihan dilakukan diatas kertas dengan suara yang tertutup. Pemilih hanya tinggal hanya menulis nombor undian dan dimasukkan ke kotak suara. Hanya para raja, penjaga lambang kekuasaan dan asisten sekretaris dari Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat di pemilihan tersebut. Timbalan Yang di-Pertuan Agong (Wakil Yang di-Pertuan Agong) juga dipilih saat pemilihan Yang di-Pertuan Agong, tetapi setelah Yang di-Pertuan Agong telah dipilih.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong berfungsi sebagai Raja yang akan mengisi kekuasaan Yang di-Pertuan Agong, selama Yang di-Pertuan Agong sedang sakit atau hal-hal lainnya. Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak secara langsung menjadi Yang di-Pertuan Agong ketika kerusi Yang di-Pertuan Agong sedang kosong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agung memainkan peranan sebagai Ketua Negara yang sementara sebelum pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baru mengisi kekosongan itu.

Adat Istiadat Pelantikan Yang di-Pertuan Agong Yang Pertama

Selepas tamat kedua-dua urusan pemilihan ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menghantar surat mengesahkan keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan tugas-tugas rasmi selepas baginda menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai saksi-saksi.

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad adalah Yang Di-Pertuan Agung yang pertama dan Raja Permaisuri Agong yang pertama adalah Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin. Sejarah negara mula tercipta pada tanggal 2 September 1957 apabila seorang Ketua Negara yang bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah ditabalkan. Persekutuan Tanah Melayu yang baru sahaja mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 membuka suatu dimensi baru apabila pentadbiran kerajaan berkonsepkan Raja Berpelembagaan. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sir Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dipilih sebagai Yang Di-Pertuan Agong Pertama Persekutuan.

Adat Istiadat Pelantikan Yang di-Pertuan Agong Yang Pertama

Majlis adat Istiadat pertabalan ini julung kali diadakan bagi sebuah negara yang baru merdeka ini. Bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, istiadat pertabalan ini dihadiri oleh lebih kurang 500 orang tetamu yang terdiri daripada Raja-Raja Melayu, Sultan Brunei, Duke of Gloucester yang mewakili Baginda Queen, Perdana Menteri Persekutuan, dan tetamu kehormat dari dalam dan luar negara. Tuanku Abdul Rahman dan Tuanku Kurshiah bersemayam di atas singgahsana baharu yang cantik dan megah di dalam Balairong Seri.

Satu fakta yang sangat menarik dan boleh dijadi pengetahuan dan kesedaran yang berlaku didalam majlis menyempurnakan Adat Istiadat ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad telah memilih Panglima-Panglima dari setiap golongan Bangsa dan Agama, dimana mengiringi dan juga membawa alat-alat kebesaran menjadi salah satu sebahagian dari upacara majlis menyempurnakan adat istiadat ini dengan memilih juga dihiasi dengan paluan nobat dan tembakan meriam sebanyak 21 das.

Adat Istiadat Pelantikan Yang di-Pertuan Agong Yang Pertama

Pendekatan ini dapat dilihat bahawa Panglima-Panglima yang dipilih keatas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari golongan rakyat yang berlainan bangsa dan agama itu tiada terkecuali dari mengetahui, memahami dan mengenali adat istiadat Kesultanan Melayu itu tadi. Ini dengan jelas bahawa, didalam apa pun jua pembentukkan dan perlaksanaan di dalam institusi Kesultanan didalam Negara kita ini wajib bagi kita sebagai rakyat yang berbilang bangsa mengenal, mengetahui dan memahami adat dan istiadat Kesultanan Melayu keseluruhannya agar terlaksana sebuah keperibadian, ketaatan dan kesetiaan kita sebagai rakyat yang bernaung dibawah pemerintahan seorang Raja Yang Berdaulat.

Dipetik daripada blog kenegerian orangperak.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.