95 Peratus Mangsa Maut Semasa Kebakaran Kediaman, Semasa Sedang Tidur

PORT DICKSON, 18 Nov — Jumlah kes maut akibat kebakaran di negara ini mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 122 kes dari Januari hingga semalam 17 November 2017 berbanding hanya 80 kes maut sepanjang tahun lalu.

95 Peratus Mangsa Maut Semasa Kebakaran Kediaman, Semasa Sedang Tidur

Hamdan (dua, kiri) mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar menandatangani plak perasmian majlis.

Penolong Ketua Pengarah (Latihan), Hamdan Wahid berkata, daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan 22 kes maut, Johor (19), Sabah (16), Sarawak (13), Perak dan Kedah (10), Negeri Sembilan (9), Pulau Pinang (7), Pahang (5), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4), Terengganu (3), Kelantan dan Melaka (2), Perlis, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan (0).

“Berdasarkan siasatan bomba 95 peratus adalah kejadian kebakaran di rumah atau kediaman dan kebanyakannya berlaku antara jam 12 tengah malam sehingga 4 pagi.

“Peningkatan jumlah ini dikenal pasti akibat kecuaian, kelalaian dan kelekaan mangsa itu sendiri yang menganggap kebakaran tidak mungkin berlaku di rumah mereka sehingga berlaku pengabaian aspek keselamatan di rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Program Pembinaan Rumah Miskin Stratergi Lautan Biru Kebangsaan Kejiranan Indah (My Beautiful Neighbourhood) di kepada mangsa kebakaran, Maimunah Husin,71, di Telok Kemang, di sini hari ini..

Hamdan berkata, tahun ini kita dikejutkan dengan terlalu banyak kes-kes kebakaran di luar jangka.

“Antara langkah keselamatan yang boleh dilalakukan oleh masyarakat selain memiliki alat pemadam api yang utama adalah memasang alat pengesan asap di kediaman mereka.

“Alat ini boleh memberi amaran awal kepada penghuni rumah dan tindakan pencegahan kebakaran daripada terus merebak boleh dilakukan,” katanya.

Hamdan berkata, bomba juga berterusan melaksanakan kempen untuk keselamatan komuniti agar golongan sasaran ini tahu tanggungjawab keselamatan di rumah.

SUMBER – Petikan daripada Sinar Harian Online (18 November 2017)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.