7 Kafe Moden Paling Most Wanted Di Seremban Yang Mesti Anda Cuba

Boleh dikatakan banyak kafe-kafe baru telah dibuka di Seremban terutamanya di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan penduduk seperti Seremban 2 dan Senawang. Kafe ini menjadi tempat pilihan bagi mereka yang ingin merasai menu atau masakan yang lebih moden serta suasana yang agak tenteram dan selesa. Disini kami ada 7 kafe yang kami telah senarai pendekkan dan anda boleh cuba di Seremban.

1. N9 Stick Factory

Kafe N9 Stick Factory yang terletak di Seremban 2 ini merupakan kafe hipster yang bertemakan kilang. Reka bentuknya sangat unik kerana kafenya diperbuat daripada kontena. Kafe N9 Stick Factory menghidangkan steamboat berharga RM1 secucuk yang kini menjadi tarikan hebat di sana. Minuman yang patut anda cuba jika datang ke sini adalah Apple Polluted yang dikatakan sedap dan sangat lain daripada jus epal biasa.

Menariknya lagi, kafe ini juga menyediakan perkhidmatan pengendalian majlis seperti perkahwinan, sambutan harijadi dan sebagainya. Buat anda yang inginkan majlis perkahwinan yang berkonsepkan hipster, moden atau taman mungkin kafe ini pilihan yang tepat. Layari Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.

7 Kafe Moden Paling Most Wanted Di Seremban Yang Mesti Anda Cuba

2. Cloudland

Menjamu selera di Cloudland pasti memberi kelainan kepada anda semua. Di sini, pelanggan bukan sahaja dihidangkan makanan yang menarik malah halwa telinga turut dihidangkan dengan alunan muzik yang awesome. Ini kerana, kafe ini turut mempunyai DJ dan pemuzik yang menghiburkan anda ketika anda sedang berbual bersama teman-teman. Memang cool habis!

Cloudland menyediakan makanan yang berasaskan western dan menghidangkan minuman istimewa yang diberi nama Xoda. Ia didatangkan dengan pelbagai jenis warna dan rasa. Rekaan dalamannya pula sangat minimalis dan trendy. Layari Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.

7 Kafe Moden Paling Most Wanted Di Seremban Yang Mesti Anda Cuba

3. Cafe Lavinda

Tidak hanya menyediakan makanan western, Cafe Lavinda juga menyediakan makanan-makanan yang bercirikan asia. Anda boleh dapatkan apa saja di sini termasuklah ayam golek, kek, makaroni, nasi goreng, chicken chop dan menu paling istimewa iaitu Spanish meatball.

Selain meatball, ayam panggang peri-peri dan percik juga pasti membuat anda tersenyum ketika menjamahnya. Ia dihidangkan dalam keadaan masih panas berserta kuah sos yang pasti membangkitkan nafsu makan anda. Jika anda peminat kopi, pastikan anda cuba kopi di sini! Layari Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.

7 Kafe Moden Paling Most Wanted Di Seremban Yang Mesti Anda Cuba

4. Big Mouth Cafe

Bagi mereka yang tinggal berdekatan Senawang pula, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Big Mouth Cafe paling kurang pun sekali. Hidangan istimewa yang terkenal di sini ialah Big Apple Beef Burger yang dihidangkan bersama keju cheddar dan Charcoal Bun. Memang lain sekali!

Bukan itu sahaja, kafe ini turut menyediakan makanan western yang lain dan juga kopi yang sangat segar diminum. Tidak lupa juga sup cendawan yang sangat sedap dan berkrim ketika dihidangkan masih panas. Layari Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.

7 Kafe Moden Paling Most Wanted Di Seremban Yang Mesti Anda Cuba

5. Coffee and Dreams S2

Untuk semua penggemar kopi, Coffee and Dreams S2 mungkin menjadi port untuk anda bersantai bersama rakan dan keluarga ketika waktu lapang. Kafe ini terletak di Uptown Avenue, Seremban 2 dan menjadi tumpuan orang ramai kerana kesedapan rasa kopinya yang autentik. Rekaan dalaman dan susun atur perabot kafe ini sangat kemas dan cantik yang mana pasti memberi mood santai dan ceria kepada pelanggan yang datang. Layari Facebook untuk maklumat lanjut.

7 Kafe Moden Paling Most Wanted Di Seremban Yang Mesti Anda Cuba

6. The Coffeeholic

Satu lagi cafe yang menjanjikan rasa ramuan kopi yang sebenar iaitu The Coffeeholic yang terletak di Seremban 2. Kafe ini bukan sahaja mempunyai kopi yang sedap malah turut menyediakan minuman coklat, teh, sandwich dan manisan-manisan pastri yang lain. The Coffeeholic juga menyediakan pakej sarapan pagi yang cukup sihat dan berlainan. Seperti kafe-kafe yang lain juga, kafe ini mempunyai hiasan dalaman yang menarik dan tersendiri. Layari Facebook untuk maklumat lanjut.

7 Kafe Moden Paling Most Wanted Di Seremban Yang Mesti Anda Cuba

7. Bros. Korean Dessert Cafe

Kafe Bros. Korean Dessert Cafe mengetengahkan konsep minimalis dengan hiasan desa jauh dari hiruk pikuk bandar. Kafe ini juga mengetengahkan makanan autentik korea. Antara yang menarik ialah Strawberry Bingsoo, Nokcha Bingsoo, Coffee Bingsoo, Misu-Organic Bingsoo dan Ice Latte. Layari Facebook untuk maklumat lanjut.

7 Kafe Moden Paling Most Wanted Di Seremban Yang Mesti Anda Cuba

Sumber – Says.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.