7 Ekor Lembu Mati Di Jempol Akibat Dirempuh Lori Tangki

JEMPOL 20 Sept. – Sebanyak tujuh ekor lembu mati selepas dirempuh sebuah lori tangki semasa haiwan itu melintas Jalan Pintas Bandar Bahau-Rompin di Bandar IOI dekat sini malam semalam (20 Sept).

7 Ekor Lembu Mati Di Jempol Akibat Dirempuh Lori Tangki

Beberapa ekor lembu mati bergelimpangan di atas jalanraya akibat dirempuh sebuah lori tangki di Jalan Pintas Bandar Bahau-Rompin di Jempol, semalam. – Foto Utusan Online

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superitendan Azham Shah Azlan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.30 malam ketika lori milik Felda Transport Services Sdn. Bhd. itu dalam perjalanan dari Pasir Gudang, Johor menuju ke arah Serting.

Katanya, sekumpulan lembu telah melintas jalan tersebut dan pemandu lori itu tidak sempat mengelak menyebabkan kenderaannya melanggar tujuh ekor lembu.

“Pemandu lori, Abdul Nasir Mohammad, 54, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

7 Ekor Lembu Mati Di Jempol Akibat Dirempuh Lori Tangki

Lori tangki yang merempuh sekumpulan lembu di Jalan Pintas Bandar Bahau-Rompin di Jempol, semalam. – Foto Utusan Online

7 Ekor Lembu Mati Di Jempol Akibat Dirempuh Lori Tangki

Sementara itu, orang awam yang hanya dikenali sebagai Chong, 53, mendakwa, tujuh lembu yang mati termasuk anak lembu itu dipercayai milik penduduk kampung berhampiran.

Menurutnya, lembu terbabit kebiasaannya dilepaskan di ladang sawit berdekatan oleh pemiliknya tetapi haiwan berkenaan telah memasuki jalan raya malam semalam.

Semua bangkai lembu itu dipercayai diuruskan oleh pihak Majlis Daerah Jempol (MDJL) dan ditanam di satu kawasan berhampiran ladang sawit di lokasi kejadian.

Sumber – Utusan Online (20 September 2017 | 5:24 PM)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.