20kg Daging Lembu Telahpun Dijual Di Mantai Perdana Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kira-kira 20,000 kilogram daging lembu segar dijual dalam tempoh empat jam Program Mantai Perdana Aidilfitri 2017 di tapak berhampiran Masjid At- Taqwa, Paroi, di sini, sebaik dibuka jam 5 petang semalam.

20kg Daging Lembu Telahpun Dijual Di Mantai Perdana

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata keadaan itu membuktikan program berkenaan mendapat sambutan terutama daripada golongan berpendapatan rendah yang mahu mendapatkan daging pada harga lebih murah daripada pasaran.

Beliau yang melawat tapak itu malam tadi berkata, lebih 20 kaunter dibuka pada program Mantai Perdana ke-10 yang dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) itu.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Hasim Rusdi serta Pengarah JPV negeri, Dr Azahari Shahridan Abu Bakar.

Mohamad berkata, daging lembu dijual pada harga RM28 sekilogram berbanding harga pasaran RM35 hingga RM38; tulang selangka RM26 (pasaran RM30); tulang RM20 (RM24); organ dalaman RM26 (RM30).

Selain itu, ayam standard RM6.70 sekilogram (RM9); ayam pencen RM7 seekor (RM12); ayam kampung RM20 seekor (RM17) dan daging kerbau RM35 sekilogram (RM38). Sumber – Berita Harian

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.