12 Suku Di Negeri Sembilan

Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli dari suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Namun pada permulaan abad ke-14 Masihi, orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mula tiba di Negeri Sembilan dan berkahwin dengan orang asli disini. Hasilnya hasil pernikahan berlainan suku ini maka terbentuklah suku yang digelar Biduanda. Suku Biduanda ini digelar sebagai Biduanda Di Air manakala mereka yang berasal dari Sumatera dikenal sebagai Biduanda Di Darat. Walaubagaimanapun suku Biduanda Di Air adalah suku paling layak menjawat jawatan Undang atau Penghulu dalam luak-luak Adat Perpatih.

budaya minangkabau

Selain daripada suku Biduanda, terdapat lagi 11 suku lain yang menetap di negeri ini dan kedatangan mereka adalah berperingkat. Berikut antara suku-suku yang terdapat di Negeri Sembilan.

12 suku di negeri sembilan

Mengikut segelintir pendapat daripada “Orang Lama” yang masih mengamalkan Adat Perpatih di Negeri Sembilan, suku-suku ini akan diturunkan daripada ibu mereka dan bukannya mengikut suku daripada bapa mereka. Sebab itulah ia dipanggil Perut. Sebagai contoh, sekiranya ayahnya adalah Sri Lemak manakala ibunya adalah Biduanda, maka anaknya adalah dari suku biduanda. Akan tetapi sekiranya anaknya berkahwin dengan orang luar (bukan suku dari Negeri Sembilan) sebagai contoh orang Kuala Lumpur, maka anaknya secara tidak langsung terbatal sukunya dan ia juga tidak akan terikat dengan mana-mana Adat Perpatih.

bagaimana suku diwarisi

Berkahwin antara suku yang sama adalah pantang larang dalam Adat Perpatih dan ada yang berpendapat anak yang dilahirkan berkemungkinan cacat atau tidak sempurna, Wallahulam. Apa-apapun, jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Allah S.W.T

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.