10 Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Di Port Dickson, Negeri Sembilan

Port Dickson, Negeri Sembilan ialah destinasi pelancongan yang telah lama terkenal di Malaysia. Ia adalah sebuah kawasan pantai yang panjang dan telah dibangunkan dengan berbagai kemudahan pelancongan seperti resort dan aktiviti menarik untuk disertai.

peta port dickson

Boleh dikatakan saban hujung minggu Port Dickson akan dipenuhi dengan pelancong-pelancong sama ada dari dalam atau luar negara. Jaraknya yang berhampiran dengan Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur menjadikan Port Dickson sebagai destinasi pilihan untuk beristirehat bagi penghuni-penghuni kota disana. Disini ada beberapa tempat dan pantai menarik yang mesti anda kunjungi sekiranya pertama kali datang ke Port Dickson.

pantai teluk kemang

1. Pantai Port Dickson.
Terdapat beberapa pantai yang sesuai untuk mandi manda dan menjalankan aktiviti air disini antaranya seperti Pantai Teluk Kemang, Pantai Tanjung Gemuk, Pantai Bagan Pinang, Pantai Cahaya Negeri, Pantai Saujana, Pantai Purnama, Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon) dan Pantai Cermin.

jeti pantai cahaya

2. Jeti Pulau Cahaya.
Keunikan jeti ini ialah ianya menghubungkan di antara Pulau Cahaya dan Pulau Burung. Di sini juga pengunjung boleh menikmati keindahan Laut Selat Melaka dan persisiran Pantai Port Dickson serta panorama matahari terbenam pada waktu senja. Sekiranya air laut pasang, pengunjung boleh melihat dari atas jeti pelbagai jenis ikan berenang sambil berehat bersama keluarga.

pd ostrich showfarm

3. PD Ostrich Showfarm.
Di sini, pengunjung boleh melihat serta mempelajari kehidupan spesis burung unta serta produk yang dapat dihasilkan dari burung unta seperti pakaian, alat kosmetik dan sebagainya. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman memberi makan serta menunggang burung unta.

rumah api tanjung tuan

4. Rumah Api Tanjung Tuan.
Rumah Api yang dikelilingi hutan simpan ini telah di bina oleh Belanda pada tahun 1817 dan dikenali dengan nama inggerisnya Cape Rachado. Sampai disini anda kene mendaki sejauh 700 meter untuk sampai ke puncak tanjung ini. Walaupun agak memenatkan untuk mendaki bukit ini tapi memang berbaloi dengan pemandangan yang akan anda nikmati. Walaubagaimanapun, untuk berada sesetengah tempat disini seperti di rumah api dan melakukan aktiviti jungle trekking disini perlulah mendapat kebenaran daripada pihak berwajib.

rumah api tanjung tuan

5. Kota dan Muzium Lukut.
Tapak bersejarah Kota Lukut ini terletak di Bukit Gajah Mati, Lukut, Port Dickson. Selain melihat kesan-kesan peninggalan Kota Lukut disini juga terdapat sebuah muzium yang memaparkan sejarah Lukut bermula daripada awal kurun ke-19 Masihi sehinggalah Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujung (Negeri Sembilan) pada tahun 1880.

muzium tentera darat

6. Muzium Tentera Darat.
Muzium Tentera Darat Port Dickson adalah muzium tentera terbesar di Malaysia. Fasiliti dan pameran di muzium ini juga setaraf dengan muzium tentera lain di dunia. Pengunjung akan dapat melihat ruang pameran yang dikategorikan mengikut pelbagai era bermula dari Era Kesultanan Melayu Melaka hingga ke hari ini. Antara yang menarik ialah Terowong PKM, Era Portugis dan Belanda, Era penjajahan British dan Pameran Luar dimana berbagai peralatan ketenteraan dipamerkan kepada pengunjung.

PD waterfront

7. PD Waterfront.
Kawasan reakrasi yang dibangunkan kerajaan ini disediakan untuk para pengunjung untuk bersantai di tepi pantai Port Dickson. Pengunjung boleh beriadah bersama keluarga, bermain layang-layang atau berehat sambil menikmati pemandangan laut Port Dickson yang menghadap Pulau Arang ini.

alive 3d art gallery

8. Alive 3D Art Gallery.
Merupakan sebuah galeri 3 tingkat yang terletak di Lukut dan menempatkan lukisan-lukisan mural 3D. Sesuai datang ke sini untuk mengambil gambar dan sememangnya lukisan 3D di sini kelihatan ‘hidup’ sekiranya diambil dari posisi yang betul. Disini terdapat lebih daripada 50 buah lukisan untuk pengunjung bergambar.

upside down art gallery

9. Upside Down Art Gallery.
Ia adalah sebuah galeri 2 tingkat yang menempatkan lukisan dan arca yang dalam keadaan terbalik. Selain daripada itu, galeri ini juga menempatkan lukisan 3D untuk pengunjung bergambar.

balai cerap teluk kemang

10. Balai Cerap Teluk Kemang (Kompleks Baitul Hilal Teluk Kemang).
Bagi yang mereka yang ingin melihat angkasa menggunakan teleskop yang besar, salah satu cara anda boleh ke Balai Cerap Teluk Kemang yang terletak di dalam kawasan Klana Resort Port Dickson. Ia merupakan Kompleks Baitul Hilal menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting bagi pelbagai kegiatan seperti melihat anak bulan, kaji bintang dan planet terutama bagi menjana pembangunan dan kemajuan ilmu astronomi.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.