10 Kedai Makan Western Best Yang Boleh Anda Cuba Di Seremban

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Di Negeri Sembilan memang terkenal dengan masakan masak lemak cili api. Pergi mana-mana kedai mesti kebanyakannya menyediakan hidangan masak lemak cili api. Bagi anda yang dah selalu makan makanan ni sudah tentu ingin cari kelainan. Mungkin ada dikalangan anda yang teringin ingin makan makanan barat atau western food pula.

Bagi mereka yang tinggal atau berkunjung ke Seremban. Mungkin memang mudah untuk anda mencari makanan sebegini. Oleh itu bagi memudahkan anda mencari kedai makan western paling best di Seremban, kami telah senaraikan 10 kedai makan western yang perlu anda cuba. Berikut adalah senarainya:

10. Polperro Steak House
Apa yang menariknya mengenai Polperro Steak House ni ya?? Yang menariknya ialah keadaan persekitarannya yang sangat meriah suasananya. Terdapat pelbagai jenis menu makanan western yang terdapat di sini.

11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban

Bagi penggemar western boleh lah mencubanya sendiri. Kalau anda lambat, alamatnya memang tak de la tempat untuk duduk. Kedudukannya yang begitu strategik yang berdekatan dengan Dataran Centrio dan Mydin Seremban 2.

11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban

Hidangan yang disediakan amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Jangan lupa singgah ke sana. Anda boleh WAZE Polperro Steak House Seremban 2 sekiranya ingin kesana. Waktu Operasi nya adalah 5.00 pm – 12.00 am. Sekiranya ada pertanyaan bolehlah hubungi di talian 06-601 3244.

9. 3R Food Court
Terletak di Jalan Rasah Negeri Sembilan. Kalau anda nak tahu pada waktu pagi tempat ini dijadikan tempat untuk membaiki kenderaan.

11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban

Tetapi pada waktu malam ia dijadikan tempat untuk makan. Menarik bukan. Kat sini banyk menu pilihan yang ditawarkan. Daripada masakan ala kampong sampai lah ke makanan western.

11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban

Tak rugi kalau anda berkunjung ke sini. Macam-macam yang boleh anda pilih untuk menikmatinya. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan akan berpuas hati setelah menikmatinya. Lokasinya terletak di Jalan Rasah, Seremban. Waktu Operasinya pula pada 7.00 pm – 1.00 am. Boleh hubungi di talian 013-663 9073 sekiranya ada pertanyaan.

8. Western Road Station
Malam ni nak dinner di mana ye?? Jom pekena makanan western dekat Western Road Station yang terletak di Taman Tasik Jaya ini. Ianya juga berdekatan dengan KFC dan R&K SATAY Taman Tasik Jaya.

11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban 11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban

Anda perlu datang awal kerana kedai ini sering mendapat sambutan yang hangat. Kalau lambat mesti kena tunggu lama untuk mendapatkan order. Harganya juga amat berpatutan sekali. Sekali cuba pasti nak lagi. Lokasinya terletak di No 28 Jalan Bunga Raya Taman Tasik Jaya, Seremban. Waktu Operasi pula pada 5.30 pm – 12.00 am. Hubungi 011-1882 7736 sekiranya ada sebarang pertanyaan.

7. 99 Kebab Lavender Height
99 Kebab Lavender Height ni terletak dekat lavender height business square. Dekat sini banyak menu western yang anda boleh pilih. Harganya juga murah berbanding dengan tempat lain. Anda boleh memilih sama ada hendak duduk dibahagian luar atau bahagian dalam.

11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban

Bagi yang suka lepak dan mencari port untuk makan, bolehlah lepak makan di kedai ni. Yang menjadikannya terkenal adalah disebabkan sos nya dan servis yang amat baik seklai. Layanan yang diberikan memang tip top. Lokasi kedai ini terletak di Lavender height business square, Seremban.

11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban

Waktu operasi adalah antara 5.00 pm – 11.00 pm. Sebarang pertanyaan bolehlah hubngi di talian 017 – 668 4649.

6. Chilli Apple Fnb
Terletak di Jalan Telawi Seremban. Kedai ini baru sahaja dibuka tetapi telah menambat hati para pengunjung yang datang. Makanan western di sini sangat sedap dan harganya juga berpatutan.

11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban

Terdapat juga menu lain yang anda boleh dapat di kedai ini. Cawangan pertamanya ini terletak berdekatan dengan Klinik Kassim. Tempat parkingnya juga senang sekiranya anda membawa keluarga ke sini.

11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban

Lokasi kedai ini ialah di Family Tom Yam Taman Telawi, Seremban. Waktu operasi kedai ini adalah sekitar 11.00 am – 5.00 pm. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi di talian, 016 – 444 0236

5. Aj Kitchen
Aj Kitchen ni terletak di Rasah. Ianya juga berdekatan dengan Seremban 3 dan UITM Seremban 3. Menu kat sini bukan sahaja ada western tapi ada juga menu lain seperti nasi lemak dan sebgainya.

11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban

Kalau anda datang sini mungkin anda tak percaya dengan harga yang ditawarkan. Harga yang ditawarkan amatlah murah kerana keadaan persekitaran di kelilingi pelajar. Kalau tak percaya, anda boleh datang sendiri ke sini.

Alamatnya ialah di No 50 Jalan KU 5 Pusat Komersial Universiti, 70300 Seremban, Negeri Sembilan (6.00 pm – 11.00 pm, Tutup Hari Rabu) dan No 325G, Jalan Bandar Senawang 17, 70450 Seremban, Negeri Sembilan (4.00 pm – 10.30 pm, Tutp Hari Isnin). Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi di talian, 012 – 210 0735.

4. Pine & Dine Restaurant and Café
Tak tau nak makan mana malam ni dan nak rasakan kelainan dalam masakan western. Mari… mari siapa lagi belum pekena western fusion dari pine & dine. Nikmati juga diskaun 10% setiap hari dari jam 4.00ptg – 6.30ptg beserta percuma teh o ais untuk menu terpilih.

11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban

Terdapat banyak menu makanan western dekat sini. Anda boleh memilih menu makanan yang ingin dimakan dan harga yang ditawarkan juga amat berpatutan sekali.

Bertempat di NO 183-G Pusat Perniagaan Lavender Heights Jalan Lavender Heights 5 70450 Seremban Negeri Sembilan. Ia beroperasi dari 4.00 pm – 10.30 pm (Tutup Isnin). Sebarang pertanyaan boleh hubungi, 012 – 210 0735

3. Star Western Corner Paroi
Kedai yang terletak di Stadium Tuanku Abdul Rahman paroi ini juga sememangnya terkenal dengna makanan westernnya. Ramai yang memuji kesedapan masakan di sini. Di sini juga terdapat banyak menu makanan western yang anda boleh pilih. Boleh rambang mata anda memilihnya.

11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban

Mana tidaknya harga yang ditawarkan memang tak masuk akal langsung. Murah gila harganya. Suasana yang terbuka juga akan menyelesakan para pengunjung sekiranya ke sini.

Hidangan makanannya juga tidak kurang banyaknya. Memang akan buat anda kekenyangan. Lokasinya adalah di Gerai No 5 Stadium Tuanku Abdul Rahman, 70400 Seremban, Negeri Sembilan (5.00 pm – 12.00am).

2. D’Rayyen Western Food
Bagi anda yang gemar kepada makanan western, anda bolehlah datang mencubanya di sini. D’Rayyen Western Food menawarkan pelbagai jenis makanan western yang sememangnya menepati citarasa anda dan keluarga.

11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban

Terdapat banyak menu pilihan makanan dengan harga yang sememangnya murah dan amat memuaskan hati anda sekeluarga. Keadaan persekitarannya juga amat selesa sekali.

11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban

Lokasinya terletak di NSK Trade City Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan (12.00 pm -10.00 pm). Hubungi 019 – 289 9002 sekiranya ada pertanyaan.

1. Dapur Berasap
Harga yang ditawarkan di sini juga amat beraptutanan murah. Anda akan berasa terkejut dengan harga yang ditawarkan dengan saiz hidangannya. Kalau ditanya kat mana tempat makan best, banyak yang mengesyornya di sini. So, anda kena cubalah makanan western kat sini.

11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban 11 Kedai Makan Western Boleh Anda Cuba Di Seremban

Lokasinya di No. 6 Taman Komersial Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan. (6.00 pm – 12.00 am). Boleh hubungi di talian 011 – 2197 5464 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

SUMBER – www.pakarpercutian.com

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.